Saturday, November 5, 2011

Perlu ke Call Hari2..?

Semacam menarik pulak untuk saya bincangkan disini..

Sejujurnya saya maklum tentang total visit yang tak seberapa ke blog saya ini so terima kasih jua kepada sesiapa yang membaca coretan yang tak seberapa dari saya ni.

Saya pun nak juga bertanya, anda semua mesti ada orang yang anda sayang kan.. Tak kira lah bf ke, gf ke.. mak ayah yang dok jauh nun di kampung ke.. atau adik beradik yang dok jauhhhh.. sangat kat negeri atau negara lain..

Yang tang negara lain tu lain citenya plak..

Kita cite dlu yang tang dok senegara ni dlu ye..

Maksud call bagi saya kat sini melalui telefon lah. Walau kebanyakkan nya dh gune Skype, YM or other social network, tapi perlu ke call atau kita dapat call tu setiap hari..?

Bagi saya call setiap hari tu penting juga, yelah rindu kan. Nak gak dengar suara orang tu paling tak pn sehari sekali. Kalau pun zaman dan maju skrng ni, tpi saya dok masih syok lagi nak guna telefon.. Setuju x if saya kata if guna telefon ni aura dia best lagi drp guna apa2 teknologi lain ni..?

Jadi.. apa kata survey..?

p/s : Mr. Kiro call hari2.. sebab nya bila saya call dia mesti dok tengah sibuk kerja. Last2 tengah malam waktu saya dah zzzzz.. banyak plak call masuk. Time tu, mata dah mengantuk, tak larat nak jawab dah... Lebih baik tak jawab kan daripada dok merapu entah apa2 kan..

Wednesday, November 2, 2011

Hubungan Jarak Jauh

Mesti you all macam rasa tak best je kan bila kadang2 terpikir yang hubungan you all ni mcam jauh je and tak macam most of the couple yang boleh jumpa hari-hari.

Kadang-kadang best juga sebenarnya..

Ada juga lah bincang dengan my partner tu, mula-mula ada juga suggest pada dia untuk move ke daerah saya.. tapi sekarang ni rasa mcm dh selesa jauh2 ni. Asalkan jangan dia pindah lagi jauh sudah ler..

Saya bukan lah orang yang pandai bicara tentang hal2 hubungan cinta ni.. tapi pantang larang hubungan jauh, iaitu..

1. Gurau hal-hal sensitif
Haa.. agak2 lah if nak bergurau tu ye.. Jauh2 ni bahaya sket, ye lah kan mana tau partner tu makan hati, tak ke panjang ceritanya nanti..

2. Langgar janji
If dah janji nak call ke.. nak datang ke.. Mesti tunaikan, lain lah if ada hal2 mustahak, kena lah inform.

3. Sangka buruk
Memang senang sangat nak bersangka buruk ye lah jauh kan.. Tapi cuba lah berdoa.. Tetapkan hati, mudah2 an kesetiaan kita dibalas dengan kebaikan.

Itu lah dia, memang hubungan jauh ni ada macam-macam dugaan, tapi kena ingat.. Jodoh dan pertemuan itu semua takdir tuhan. Kita dah berusaha so boleh lah bertawakal.

Semoga Allah memberi ketetapan yang baik-baik kepada anda semua..

p/s : Malam tdi Mr. Kiro bagitau if Wanie dah selesa jauh-jauh mcm sekarang ni so boleh lah Mr. Kiro pergi kerja jauh lagi..
Wanie: Tak usah nak mengada-ngada..